Monday, November 9, 2009

CONGRESS DECISSION

Cuepacs presiden Omar Osman not doing it for popularity


Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Omar Osman wants to make it clear that his earlier call for a two-month bonus was simply the demand expressed by their 1.2 million strong membership.
“I just want to say that gaining popularity is not what I’m seeking,” he told Malay Mail. “I am just speaking out on behalf of our congress and asking for what the civil servants have demanded.
”He was responding to the comment by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Wednesday that it was morally wrong for the Cuepacs president to ask for bonus during the global economic crisis.
Najib also noted that, while it was a popular move for the Cuepacs president to continue to pressure the Government for a two-month bonus for the civil servants, it was not the right time to make such a demand.
“I’m of course also disappointed that the Prime Minister had said this,” said Omar. However, he refused to speculate whether Cuepacs will still pursue the bonus issue.
“This will be only decided tomorrow as we will be having an emergency meeting to discuss this matter. It will be attended by all 145 of our congress leaders and members at our Cuepacs headquarters.”
Omar also said that Cuepacs is seeking to have a meeting with the Prime Minister to discuss ways to improve the service performances of civil servants.
“Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, has confirmed that the Prime Minister had agreed to meet us, but a date was not been confirmed.”
While the Government gave a one-month bonus with a minimum payment of RM1,000 in the last Budget, the latest didn’t have any such bonus for civil servants.
Najib, who is also Finance Minister, announced that the Government had decided to introduce a reward system for civil servants instead to motivate those who performed well.

CUEPACS NAK JUMPA PM

9/11/2009

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya. "Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.
Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja. Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini. Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama

CUEPACS NAK JUMPA PM

9/11/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya. "Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.
Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja. Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini. Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama

Tuesday, November 3, 2009

GRED PEMANDU DAN KEMUDAHAN LAIN DIKAJI

PULAU PINANG, 31 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji semula gred gajipemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka.Presidennya Omar Osman berkata kedudukan gredgaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu.Katanya Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini pada Sabtu, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik."R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya.Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.Omar berkata gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia.Katanya Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu. "Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya.Beliau berkata Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 Nov ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan. Selain itu, katanya beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh.Omar berkata Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar melibatkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja , malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam.Katanya beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri."Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya

SISTEM GANJARAN BAGI TINGKAT PRESTASI

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Sistem ganjaran yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan akan meningkatkan mutu kerja sektor awam di negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, sehubungan itu pihaknya menyambut baik sistem ganjaran tersebut. Menurutnya, pelaksanaan sistem itu akan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan.
"Di negara luar banyak menyediakan ganjaran kepada pekerja awam sehingga menyediakan bonus lapan bulan gaji. "Oleh itu, sistem ganjaran yang ingin diperkenalkan di negara ini mesti dilakukan menyeluruh, adil dan saksama untuk mengelakkan daripada kembali seperti sistem terdahulu iaitu secara menegak dan melintang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem ganjaran kepada kakitangan cemerlang dalam sektor awam.
Omar berkata, beliau berharap sistem ganjaran ini akan dimulakan secepat mungkin iaitu pada Januari tahun depan."Dengan keadaan ekonomi sekarang yang lembap, pengenalan sistem ganjaran akan membantu meringankan beban kewangan kepada pekerja di sektor awam," katanya. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, sistem ganjaran itu mestilah telus dan bertanggungjawab.
"Apa saja langkah yang dilakukan oleh kerajaan mestilah boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak," katanya.

PESARA DAPAT BAYARAN KHAS

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain, serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada bulan Disember 2009. Bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaianpada 14 Disember 2009. Penjelasan selanjutnya mengenai perkara ini boleh diperolehi di www.jpapencen.gov.my.

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa AJK Cuepacs Kelantan

CUEPACS Kelantan telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa khas untuk AJK CUEPACS Kelantan pada 11 September 2009 bertempat di Restoran Anjung, Di Jambatan Pulau Melaka. Seramai 15 orang dari 20 jemputan telah hadir pada majlis tersebut. Pengerusi CUEPACS Negeri Kelantan menganjurkan Majlis tersebut bagi mengeratkan hubungan antara barisan jawatankuasa serta membincangkan isu-isu semasa.

860,000 Dapat Saguhati Raya dan Tahun Baru

: Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata separuh daripada bantuan berkenaan dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember."Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM430 juta. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan berpendapatan sederhana bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, kakitangan kerajaan tidak seharusnya berasa kecewa, sebaliknya bersyukur kerana kerajaan masih prihatin dengan bersetuju memberi bantuan dalam keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. "Pemberian ini bukannya bonus, sebaliknya bantuan khas atau sagu hati yang diberi kepada kakitangan sokongan. "Kita tidak boleh membandingkan pemberian bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 yang diterima tahun lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Cuepacs sebelum ini merayu kerajaan membayar bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan separuh daripadanya dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.Omar berkata, Cuepacs sebenarnya tidak pernah menekan kerajaan supaya memberi bantuan kewangan itu, malah sedia menerima keputusan jika peruntukan berkenaan tidak boleh diberi tahun ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kakitangan yang menerima bantuan itu supaya bijak mengurus perbelanjaan. Beliau berkata, pembayaran dua kali bagi bantuan khas kewangan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam merancang perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri dan membeli kelengkapan persekolahan anak.

Sunday, July 5, 2009

Gambar-gambar CUEPACS di Manik Urai

























PRESIDEN CUEPACS DI MANIK URAI


3 Julai 2009 Haji Omar Osman Presiden CUEPACS Malaysia turun padang di Manik Urai Kelantan. Beliau telah mengadakan lawatan kerumah bertemu dengan kakitangan awam dan pesarayang terdiri dari pesara kerajaan, GLC dan Tentera.Majlis di adakan di tiga buah kampong dibawah DUN Manik Urai iaitu Manik Urai Baru, Lakloh dan Sungai Sok. Didalam majlis tersebut beliau telah mendedahkan pelbagai kemudahan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada anggota sektor awam. Ini membuktikan Kerajaan yang stabil dan mengutamakan pekerja. Kakitangan awam perlu ingat akujanji semasa mula berkhidmat iaitu telah berjanji akan taat setia kepada Kerajaan.


Beliau juga memaklumkan bahawa anggota kerajaan di Malaysia adalah yang terbaik di dunia.Tak ada lagi skim pencen diamalkan melainkan Kerajaan Malaysia.Beliau seterusnya menyatakan banyak lagi kemudahan sedang dibincangkan untuk kebajikan pekerja saperti cola, ITP, skim pencen pesara GLC, tambahan tanggagaji dan lain-lain lagi. Turut sama dalam program tesebut ialah Tuan Haji Shamsudin M0hd Noor Pengerusi CUEPACS Kelantan merangkap Naib Presiden Cuepacs, Wakil dari Kesatuan Bidan dan Jururawat Desa, Kesedar, RISDA, Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Kelantan.

Wednesday, July 1, 2009

KEJAYAAN CUEPACS TAHUN 2009

  1. Tawaran Opsyen Semula kepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang memilih Skim KWSP melalui Pekeliling Perkhidmatan Pihak Berkuasa tahun 1977/1978
  2. Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan awam
  3. Penambahbaikan Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan awam
  4. Pembayaran Imbuhan Tetap Perumahan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang disediakan kemudahan Perumahan yang tidak dianggap sebagai rumah Kerajaan di kawasan Pendalaman .
  5. Pelaksanaan kenaikan pangkat pegawai kumpulan sokongan yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam perkhidmatan semasa.

KEJAYAAN CUEPACS TAHUN 2009

  1. Tawaran Opsyen Semulakepada Pekerja Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan yang memilih Skim KWSP

Sunday, June 28, 2009

KEJAYAAN CUEPACS TAHUN 2008

  1. Elaun tanggongjawab khas Pemandu (Pekelililing Perkhidmatan bil.5/2008)
  2. Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Pesaraan wajib kepada 58 tahun (pekeliling perkhidmatan bil. 6/2008)
  3. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas prestasi 2008
  4. Pemberian ex-gratia Terbitan sekali gus kepda ibu atau bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak (Pekeliling Perkhidmatan 17/2008)
  5. Peningkatan Maksimun cuti Rehat (GCR) kepada 150 hari (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2008)
  6. Tawaran opsyen Semula kepada anggota yang memilih Skim KWSP kepada skim pencen (Pekeliling Perkhidmatan bil 19/2008)
  7. Menaik Taraf Skim Perkhidmatan Penolong Jururawat kepada Skim Perkhidmatan Jururawat Masyarakat (Bil 21/2008)
  8. Pengiktirafan Skim Perkhidmatan Tukang K1,K2,Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Ketukangan) sebagai Perkhidmatan Kritikal ( surat edaran JPA 13/2008)

KEJAYAAN CUEPACS 2007

  1. Pemberian Kenaikan Gaji sebanyak 35% kepada anggota sektor awam(pekeliling Perkhidmatan 7/2007)
  2. Kenaikan Kadar Sara Hidup (Pekeliling Perkhidmatan bil 6/2007)
  3. Elaun Tugas memandu Kenderaan (Pekeliling Perkhidmatan bil 12/2007)
  4. Kaedah Penetapan Gaji Permulaan dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat (Pekeliling Perkhidmatan bil.14/2007)
  5. Kemudahan cuti menjaga anak (Pekeliling Perkhidmatan 15/2007)
  6. Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pekerja Rendah Awam -PRAM dan Pekerja Rendah Awam Khas -PRAK (Pekeliling Perkhidmatan bil 22/2007)
  7. Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (Pekeliling Perkhidmatan bil 16/2007)
  8. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (Pekeliling Perkhidmatan bil.17/2007)

Sunday, June 21, 2009

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia dan CUEPACS akan diadakan pada 7 Julai 2009 di Esset Bangi Baru. Pendaftaran adalah percuma. Jika ahli-ahli berminat sila hubungi Setiausaha Kesatuan masing-masing untuk tujuan pendaftaran

Thursday, June 18, 2009

Presiden CUEPACS akan ke Manik Urai Kelantan

Haji Omar Osman Presiden CUEPACS akan mengadakan lawatan ramah mesra ke Manik Urai untuk bertemu dan bertanya kabar kakitangan awam dan pesara pada 3 Julai 2009. Beliau akan beramah mesra di kampong Manik Urai Baru, Kampong Lakloh dan kampong Sungai Sok. Dijangka lebih 300 orang pekerja sektor awam dan pesara akan berpeluang bertemu dengan Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs.Program ini diatur oleh CUEPACS Kelantan yang diketuai oleh Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor Pengerusi CUEPACS Kelantan yang juga Naib Presiden CUEPACS Malaysia.

Pekerja Kontrak Dan Sambilan Kelantan

Masih ramai kakitangan sambilan dan kontrak dibawah Pentadbiran Kerajaan negeri Kelantan terbiar tanpa peimbelaan. Mereka ini tidak mempunyai kesatuan dan tidak tahu dimana tempat hendaj mengadu. Mereka yang bekhidmat 10-20 tahun masih dalam status sambilan dan kontrak. Untuk pengetahuan, bila mereka tamat perkhidmatan tiada kemudahan sebagaimana kakitangan awam yang pencen mendapat pelbagai kemudahan