Thursday, March 11, 2010

Program CUEPACS Kelantan 2010

1. Mesyuarat AJK Bahagian Kelantan Mac 2010
2. Seminar Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA
3. Program Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 1 Mei 2010 di Trengganu
4. Program Sambutan Hari Pekerja Anjuran Kementerian Sumber Manusia Mei 2010
5. Mesyurat Kongress CUEPACS di Sarawak Jun 2010
6. Meyuarat Jawatan Kuasa Bahagian Kelantan
7. Mesyuarat Agong Bahagian Kelantan Julai 2010
8. Mesyuarat Pre Konvensyen CUEPACS
9. Mesyuarat Agong CUEPACS

Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA

Peranan pekerja sektor awam memang tidak dapat dinafikan bagi membantu pencapaian "National Key Results area". Bagi tujuan tersebut CUEPACS Bahagian Kelantan akan mengadakan Seminar sehari yang dijangka akan diadakan pada 17 April 2010, tempat dan masa akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Presiden CUEPACS Saudara Haji Omar Osman akan bersama-sama dalam program diatas. Pihak Menteri dari Kelantan akan merasmikan Seminar Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA.

Sambutan Hari Pekerja 2010

CUEPACS akan mengadakan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2010 di Negeri Terengganu. Program bermula pada 3.00 petang 30 April 2010 dengan acara sukan antara Zon Timur, Utara,Tengah dan Selatan. Pertandingan bola sepak bagi lelaki dan Bola Tampar bagi perempuan. Setiap negeri perlu menghantar 5 orang pemain bagi menwakil zon masing-masing.

CUEPACS Bahagian Kelantan akan menyediakan sebuah bas bagi menyertai program sambutan Hari Pekerja. Rombongan akan bertolak pada pagi Jumaat 30 April 2010, bermalam di Kuala Terengganu dan balik selepas program. Pendaftaran peserta bolehlah dibuat kepada Saudara Shabri Samad (USM) Setiausaha CUEPACS Bahagaian Kelantan.