Wednesday, October 31, 2012

Skim gaji penjawat awam dikaji semula

Dr. Ali Hamsa menyampaikan cek RM300,000 kepada wakil Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh Melaka, semalam.
MELAKA 31 Okt. - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
“Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA

** Harap penjawat Awam bersabar, terutama yang gaji maksima, CUEPACS bersama JPA sedang berusaha  kearah pelaksanaan skim yang lebih baik. harap maklum.

Sunday, October 21, 2012

LAWATAN KE MARDI CAMERON HIGHLAND 20 OKTOBER 2012











Dinner Steamboat at Mameron Highland 19-20 Okt.2012












Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 6/201 Cameron Highland 19-20 Oktober 2012




CUEPACS Bahagian Kelantan telah mengadakan mesyuarat AJK kali ke 6/2012 di Cameron Highland sebagai menghargai sumbangan AJK menjayakan program CUEPACS sepanjang tahun. CUEPACS Bahagian Kelantan telah mengadakan lebih 6 program yang melibatkan lebih 800 orang setiap program, malah ada program yang mencapai 1200 orang penyertaan. Terima kasih kepada semua AJK dan semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Thursday, October 18, 2012

MAJLIS BERSAMA KSN 17 ONTOBER 2012







ANTARA PERKARA YANG DINYATAKAN:-

1.       PERANAN CUEPACS MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KERAJAAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

2.       PENYERAPAN KAKITANGAN KONTRAK AKAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT


3.       PERTUKARAN KAKITANGAN YANG RAMAI LEBIH 680 ORANG TAK DAPAT DIBUAT KERANA MELEBIH KEPERLUAN TEMPAT.

4.       MBJ MESTI DIGUNAKAN SEBAGAI PLATFORM ANATARA PEKERJA DENGAN MAJIKAN


5.       SKIM PERUMAHAN KERAJAAN MELALUI BANK AKAN MENGEKALKAN SISTEM LAMA MALAH DI TAMBAHBAIK BAGI MENGATASI KELEMAHAN YANG ADA.

6.       SEMAKAN PEKELILINGH YANG LAMA YANG MENYUSAHKAN TRANFORMASI KERAJAAN .


7.       KELULUSAN KELUAR NEGARA PESENDIRIAN PERLU MENGISTIHARKAN KOS DAN SUMBER KEWANGAN DAN PENURUNAN KUASA DI BERIKAN KEPADA PEGAWAI PENYELIA.

8.       KEMELESATAN EKONOMI SELURUH DUNIA DIALAMI OLEH NEGARA-NEGARA SAPERTI GREEK, AMERIKA DAN LAIN-LAIN. MALAYSIA TIDAK MENGALAMI MASAALAH INI DENGAN MENGURUS SUMBER DALAM DENGAN BAIK MENYEBABKAN KITA MAMPU MEMBERI BONUS DAN SEBAGAINYA KEPADA RAKYAT.


9.       BUDGET 2013 DIBUAT MENGHIKUT KEMAMPUIAN KERAJAAN, DAN BELEIAU ANTARANYA YANG DIJEMPUT MENELITI PERBINCANGAN PENYEDIAAN BUDGET TERSEBUT.

10.   KAJIAN MENGHAPUSKAN TEMBOK GAJI MAKSIMA PEKERJA, IAITU TIDAK ADA GAJI MAKSIMA BAGI KAKITANGAN AWAM.


11.   KAJIAN BAGI MENGELAKKAN KAKITANGAN AWAM BERSARA SEBAGAI MISKIN TEGAR, KAJIAN AKAN DIBUAT BAGI MEMIKIRKAN MENETAPKAN JUMLAH PENCEN MINIMA PENJAWAT AWAM.

12.   PENJAWAT AWAM PERLU FAHAM  ASPIRASI KERAJAAN, DAN CUEPACS PERLU MEMBERIKAN CADANGAN YANG POSITIF SERTA BERBINCANG DENGAN BAIK DENGAN KERAJAAN.


ANTARA ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PESERTA CUEPACS:

  1. KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DIPANJANGKAN KEPADA KUMPULAN SOKONGAN
  2.  JAWATAN PEREKA DAN JURUFOTO PERLU DILIHAT BAGI PENAMBAHBAIKAN MEMANDANGKAN SUMBAGAN DAN KEPENTINGAN JAWATAN TERSEBUT.
  3.  PELAKSANAAN STRUKTUR PENTADBIRAN TIDAK DILAKSANAKAN DI JPN SARAWAK. 
  4. TERDAPAT KAKITANGAN TERSALAH PILIH USIA 60 SEBAGAI USIA BERSARA MENYEBABKAN JIKA BERSARA AWAL TIDAK DAPAT MENERIMA PENCEN 
  5. MBJ ANTARA SUK DENGAN CUEPACS BAHAGIAN.
  6. INSURAN BAGI PENUMPANG KENDERAAN KERAJAAN PERLU DIADAKAN BAGI MENLINDUNGI JIKA BERLAKU KEMALANGAN
  7. TIMEBASE DIBERIKAN SAMA SPAERTI GURU,POLIS BUKAN 15 TAHUN .
  8. TERDAPAT PELAKSANAAN PERUNTUKAN UNIFORM LULUS RM 690 TETAPI DIBAYAR 204.00 SAHAJA.

Tuesday, October 16, 2012

SURUHANJAYA KHAS KAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM KEMUKA LAPORAN DISEMBER


Bernama
11/10/2012
MELAKA, 10 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam akan mengemukakan laporan lengkap berhubung cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam kepada Kabinet akhir tahun ini.

Pengerusinya Tun Zaki Tun Azmi berkata suruhanjaya itu kini sedang melakukan lawatan mengejut ke jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi melihat mutu perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai serta memahami situasi yang dihadapi rakyat ketika berurusan dengan sektor awam.

"Bukan kita nak cari salah, masalah tetapi untuk memahami keadaannya, dengan memahami keadaan ini mungkin kita boleh memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang terdapat di tempat ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Turut menyertai lawatan itu, beberapa anggota suruhanjaya itu termasuk bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Zaki berkata pihaknya yang melakukan lawatan ke sektor awam di Sarawak dan Sabah pada Ogos dan Sept lepas, hari ini mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sepang, Ibu pejabat Polis Daerah Sepang di Selangor; Klinik 1Malaysia Rasah dan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan selain UTC Melaka.

-- BERNAMA

JPM KELUAR PEKELILING BARU PERATUSAN PEJALANAN BAGI PENJAWAT AWAM



Bernama
12/10/2012
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan surat pekeliling baru mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas, selaras dengan usaha untuk menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.

Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas tujuan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.

Ia ditandatangani Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.

Menurut surat pekeliling terbaru itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di JPM perlu mendapatkan kelulusan KSN.

Pegawai-pegawai di bawah seliaan Ketua Setiausaha Kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian pula perlu mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian (butiran tiga dalam pekeliling).