Friday, September 3, 2010

Berbuka Puasa Cuepacs Kelantan & JPP Kelantan

26 Ogos 2010 -Bertempat di sebuah restoran terkemuka Kota Bharu, CUEPACS Kelantan telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama En. Makhtar Mustapha , Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Seramai lebih 120 orang mewakili kesatuan-kesatuan gabungan CUEPACS telah hadir dalam majlis tersebut.

Pengerusi CUEPACS Kelantan Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah JPP yang dapat hadir bersama. Serentak dengan pengumunan bantuan RM500 kepada kakitangan awam, CUEPACS Kelantan merakamkan terima kasih kepada pihak Kerajaan diatas pemberian tersebut.

Dalam majlis tersebut juga En. Makhtar Mustapaha Pengarah JPP Kelantan menyeru kepada kakitangan awam agar memberi sokongan dan kerjasama yang padu kepada JPP dalam melaksanakan program pembangunan di negeri Kelantan., Seramai lebih 70,000 kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan dan 5,000 dengan kerajaan negeri.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Setiausaha CUEPACS Kelantan Puan Hasnah Mohamad diatas usaha beliau mengadakan Majlis Berbuka puasa.