Sunday, July 5, 2009

PRESIDEN CUEPACS DI MANIK URAI


3 Julai 2009 Haji Omar Osman Presiden CUEPACS Malaysia turun padang di Manik Urai Kelantan. Beliau telah mengadakan lawatan kerumah bertemu dengan kakitangan awam dan pesarayang terdiri dari pesara kerajaan, GLC dan Tentera.Majlis di adakan di tiga buah kampong dibawah DUN Manik Urai iaitu Manik Urai Baru, Lakloh dan Sungai Sok. Didalam majlis tersebut beliau telah mendedahkan pelbagai kemudahan kebajikan yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada anggota sektor awam. Ini membuktikan Kerajaan yang stabil dan mengutamakan pekerja. Kakitangan awam perlu ingat akujanji semasa mula berkhidmat iaitu telah berjanji akan taat setia kepada Kerajaan.


Beliau juga memaklumkan bahawa anggota kerajaan di Malaysia adalah yang terbaik di dunia.Tak ada lagi skim pencen diamalkan melainkan Kerajaan Malaysia.Beliau seterusnya menyatakan banyak lagi kemudahan sedang dibincangkan untuk kebajikan pekerja saperti cola, ITP, skim pencen pesara GLC, tambahan tanggagaji dan lain-lain lagi. Turut sama dalam program tesebut ialah Tuan Haji Shamsudin M0hd Noor Pengerusi CUEPACS Kelantan merangkap Naib Presiden Cuepacs, Wakil dari Kesatuan Bidan dan Jururawat Desa, Kesedar, RISDA, Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Kelantan.

No comments:

Post a Comment