Thursday, June 18, 2009

Presiden CUEPACS akan ke Manik Urai Kelantan

Haji Omar Osman Presiden CUEPACS akan mengadakan lawatan ramah mesra ke Manik Urai untuk bertemu dan bertanya kabar kakitangan awam dan pesara pada 3 Julai 2009. Beliau akan beramah mesra di kampong Manik Urai Baru, Kampong Lakloh dan kampong Sungai Sok. Dijangka lebih 300 orang pekerja sektor awam dan pesara akan berpeluang bertemu dengan Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs.Program ini diatur oleh CUEPACS Kelantan yang diketuai oleh Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor Pengerusi CUEPACS Kelantan yang juga Naib Presiden CUEPACS Malaysia.

No comments:

Post a Comment