Monday, September 10, 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

10 September 2012

Bernama
10/9/2012

KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

-- BERNAMA

Wednesday, April 25, 2012

Program Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2012

Makluman kepada Semua Penjawat Awan khususnya dari Negeri Kelantan. Dibawah ini dinyatakan program sempena sambutan Hari Pekerja 2012 pada 1 Mei 2012. Penyertaan dari anda amat dialu-alukan.terutama pada pagi 1 Mei 201.

1. CUEPACS akan menganjurkan seminar pendidikan bertajuk "Peranan Pekerja Alaf Baru 2012 "pada 30 April 2012 bertempat di Universiti College Shahputra Convention Centre Bandar Indera Makhota Kuantan Pahang.Program bermula jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Satu Malaysia dan Lagu Suara Pekerja.

Presiden CUEPACS Dato Haji Omar Osman akan memberikan ucaptama dan Dato YB Menteri  Besar Pahang dan menyampaikan amanat.

2.Program "CUEPACS GO GREEN" akan diadakan pada sebelah petang jam 4.00 pada 30 April bertempat di Pejabat Daerah Kuantan, Bandar Indera Kayangan. Majlis menanam pokok akan di sertai oleh Kepimpinan CUEPACS seluruh Negara dan YB Menteri Besar Pahang.

3. Pada sebelah malam pula, jamuan diadakan di hotel Zenith pada jam 8.00 malam yang di sumbangkan oleh YB Dato Sri Diraja Adnan  Yaakub Menteri Besar Pahang.

4. Pada 1 Mei 2012 Sambutan Hari Pekerja di Dewan Jubli Perak, Jalan Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Majlis akan dirasmikan oleh YAB. Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Menteri Sumber Manusia YB Datuk Seri Dr.S.Subramaniam dan Presiden CUEPACS akan memberi Ucapan.Majlis bermula jam 8.00 pagi dan dijangka tamat jam 12.00 tengahari.

Wednesday, April 11, 2012

SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2012

Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2012 akan diadakan Kuantan Pahang bertempat di Hotel Zenith atau Dewan Universiti Malaysia Pahang.(akan dimaklumkan kemudian).
Program bermula dengan Seminar pada 30 April 2012 dan Majlis Makan Malam oleh Menteri Besar Pahang. Kos Pengangkutan dan Penginapan atas tanggongjawab Kesatuan masing-masing.

CUEPACS Kelantan akan menyertai Program tersebut. Kepada Penjawat Awam yang berhajat untuk meyertai Sambutan Hari Pekerja 2012 boleh menghubungi Setiausaha CUEPACS Kelantan Puan Hasnah Mohamad di Pejabat Majlis Daerah Machang atau berhubung dengan Pengerusi CUEPACS Kelantan Haji Shamsudin Mohd Noor di Pejabat RISDA Negeri Kota Bharu.

Sunday, April 1, 2012

PEKELILING BARU SSM

Kadar Peratusan Kenaikan Gaji Mengikut Gred dan Kumpulan Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan Gred Gaji Kadar Kenaikan Gaji
Pengurusan Tertinggi
VU1,VU2 dan setaraf -7%

VU3, VU4 dan setaraf 8%

VU7 - VU5 dan setaraf 9%

Gred 54 kebawah - 13%

Gaji akhir 31 Disember 2011 X % Kenaikan = Gaji anda 1 Januari 2012.
KGT ikut kategori dan bulan kenaikan.

kadaqr kenaikan gaji Tahuhan (KGT)
Gred 54 -320.00
Gred 52 - 290.00
Gred 48 -270.00
Gred 44 -250.00
gred 41 -225.00
Gred 38 -195
Gred36 -180
Gred 29 -145
Gred 26 -125
Gred 22 -115
Gred 17 -95
Gred 14 -90
Gred bawah -80

Saturday, March 31, 2012

CUEPACS MAHU NAMA ANGGOTA SURUHANJAYA DIUMUMKAN SEBELUM 31 MAC



Bernama
25/3/2012|


KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu.

"Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.

"Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia di sini, hari ini.

Seminar itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Najib juga turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas perkara itu, Omar berkata Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.

Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.

"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri yang pertama diberikan taklimat oleh Cuepacs berhubung penambahbaikan SSM itu sebelum ke seluruh negara secara berperingkat.

-- BERNAMA