Friday, September 3, 2010

Berbuka Puasa Cuepacs Kelantan & JPP Kelantan

26 Ogos 2010 -Bertempat di sebuah restoran terkemuka Kota Bharu, CUEPACS Kelantan telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama En. Makhtar Mustapha , Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Seramai lebih 120 orang mewakili kesatuan-kesatuan gabungan CUEPACS telah hadir dalam majlis tersebut.

Pengerusi CUEPACS Kelantan Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah JPP yang dapat hadir bersama. Serentak dengan pengumunan bantuan RM500 kepada kakitangan awam, CUEPACS Kelantan merakamkan terima kasih kepada pihak Kerajaan diatas pemberian tersebut.

Dalam majlis tersebut juga En. Makhtar Mustapaha Pengarah JPP Kelantan menyeru kepada kakitangan awam agar memberi sokongan dan kerjasama yang padu kepada JPP dalam melaksanakan program pembangunan di negeri Kelantan., Seramai lebih 70,000 kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan dan 5,000 dengan kerajaan negeri.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Setiausaha CUEPACS Kelantan Puan Hasnah Mohamad diatas usaha beliau mengadakan Majlis Berbuka puasa.

Tuesday, July 20, 2010

Nasib Pekerja am dan jaga kontrak masih samar

Pekerja am dan jaga kontrak Jabatan Pendidikan di beberapa negeri masih lagi tak tahu nasib mereka. Ada yang terpaksa bekerja dengan pihak swasta dengan gaji yang murah berbanding dengan gaji sebelum ini yang agak tinggi setelah berkhidmat lebih 10 tahun.

Mohon kepada pihak Jabatan Pendidikan negeri yang terlibat tolonglah buat kertas kerja "justifikasi" keperluan dan minta perjawatan dengan SPA melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana Timbalan Perdana Menteri adalah Menteri Pelajaran.

Harapnya sebelum PRU 13 semua masaalah pekerja kontrak lebih 10 tahun dapat diselesaikan.

Guru Tabika nak diserap ke jawatan Tetap

Lebih 3000 orang guru Tabika kontrak Kemajuan Masyarakat akan diserap ke jawatan tetap? betul ke ni atau hanya "manis dimulut jee!!, dah 5 Menteri KKLW dan berapa KSU tak juga selesai.
Harapan dari guru tabika amat tinggi sekali kerana dari anak dara dan sekarang dah jadi nenek dan ibu tunggal serta nak pencen daa masih belum tetap.

Bila bersara, maka takada apalaa yang dapat... ! kesian mereka. Taoi itulah hakikatnya bila tarap kontrak. Mohon ehsan kerajaan tolong bantu mereka.

Sunday, July 18, 2010

TERUS BERKHIDMAT KE SESSI 2010-2013

HJ SHAMSUDIN MOHD NOOR
PENGERUSI CUEPACS KELANTAN


HAJI KAMARUDIN BIN IBRAHIM
TIMBALAN PENGERUSI CUEPACS KELANTAN

Hari Pekerja 1 Mei 2010 Trengganu





Hj.Othman Penolong Setiausaha Bahagian

Tuan Haji Othman Mohd Hussin Pengerusi dari Kesatuan Penguatkuasa Hel Ehwal Pengguna telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha CUEPACS Bahagian Kelantan. Semoga beliau akan dapat menyumbangkan bakti dan dapat membantu CUEPACS Bahagian Kelantan. Nak jumpa beliau mudah aje..., gi kepejabatnya bawah JPP Kelantan iaitu Hankyu Lama.

Setiausaha CUEPACS Kelantan 2010-2013

Tahniah kepada Puan Hasnah Mohamed dari Kesatuan Anuale telah bejaya menduduki jawatan Setiausaha CUEPACS Kelantan bai sessi 2010-2013

Beliau tinggal di Labok Machang dan bekerja di Unit Pelesenan Majlis Daerah Machang. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi beliau di Majlis Daerah Machang. Selamat bertugas untuk CUEPACS bahagian Kelantan