Wednesday, April 11, 2012

SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2012

Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2012 akan diadakan Kuantan Pahang bertempat di Hotel Zenith atau Dewan Universiti Malaysia Pahang.(akan dimaklumkan kemudian).
Program bermula dengan Seminar pada 30 April 2012 dan Majlis Makan Malam oleh Menteri Besar Pahang. Kos Pengangkutan dan Penginapan atas tanggongjawab Kesatuan masing-masing.

CUEPACS Kelantan akan menyertai Program tersebut. Kepada Penjawat Awam yang berhajat untuk meyertai Sambutan Hari Pekerja 2012 boleh menghubungi Setiausaha CUEPACS Kelantan Puan Hasnah Mohamad di Pejabat Majlis Daerah Machang atau berhubung dengan Pengerusi CUEPACS Kelantan Haji Shamsudin Mohd Noor di Pejabat RISDA Negeri Kota Bharu.

Sunday, April 1, 2012

PEKELILING BARU SSM

Kadar Peratusan Kenaikan Gaji Mengikut Gred dan Kumpulan Perkhidmatan
Kumpulan Perkhidmatan Gred Gaji Kadar Kenaikan Gaji
Pengurusan Tertinggi
VU1,VU2 dan setaraf -7%

VU3, VU4 dan setaraf 8%

VU7 - VU5 dan setaraf 9%

Gred 54 kebawah - 13%

Gaji akhir 31 Disember 2011 X % Kenaikan = Gaji anda 1 Januari 2012.
KGT ikut kategori dan bulan kenaikan.

kadaqr kenaikan gaji Tahuhan (KGT)
Gred 54 -320.00
Gred 52 - 290.00
Gred 48 -270.00
Gred 44 -250.00
gred 41 -225.00
Gred 38 -195
Gred36 -180
Gred 29 -145
Gred 26 -125
Gred 22 -115
Gred 17 -95
Gred 14 -90
Gred bawah -80

Saturday, March 31, 2012

CUEPACS MAHU NAMA ANGGOTA SURUHANJAYA DIUMUMKAN SEBELUM 31 MAC



Bernama
25/3/2012|


KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara ini selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kongres itu mendapat banyak pertanyaan daripada anggota gabungannya yang mahu mengetahui individu yang akan dilantik menganggotai suruhanjaya itu.

"Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.

"Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini," katanya kepada pemberita selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia di sini, hari ini.

Seminar itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Najib juga turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas perkara itu, Omar berkata Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.

Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.

"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri yang pertama diberikan taklimat oleh Cuepacs berhubung penambahbaikan SSM itu sebelum ke seluruh negara secara berperingkat.

-- BERNAMA

Sunday, March 25, 2012

Gambar Kenangan seminar CUEPACS 25 Mac 2012





Gambar Kenangan seminar CUEPACS 25 Mac 2012





LEBIH 2000 ORANG PENJAWAT AWAM HADIR SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN DAN TAKLIMAT CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SSM BERJAYA















Kota Bharu 25 Mac 2012 . CUEPACS Bahagian Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan telah berjaya mengadakan seminar Pengurusan Kewangan dan Taklimat Penambahbaikan Skim Saraan Malaysia dengan cemerlang. Seramai lebih 2000 orang hadir ke Majlis tersebut. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Mustapha bin Mohamad Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato Haji Omar Osman Presiden CUEPACS Malaysia, Saudara Azih Muda Timbalan Presiden dan Ketua-ketua jabatan di Negeri Kelantan. Pada seminar kali ini para peserta tidak bergerak dari tempat duduk sehingga program tamat. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan seminar pada kali ini.