Saturday, March 10, 2012

PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAN BERSAMA PM MENGEMBIRAKAN





Terima kasih kepada PM atas pengistiharan kenaikan gaji 13% bagi kumpulan 54 kebawah, 9% bagi kumpulan Jusa dan 7% bagi kumpulan Turus. Kenaikan ini mengembirakan kakitangan awam tetapi kurang gembira bagi kumpulan atasan!!.

Pembatalan SBPA diganti dengan penambahbaikan SSM akan dibuat dengan mengambil kira kebaikan cadangan SBPA dengan menolak isu yang tidak dapat diterima oleh penjawat awam. Penjawat awan jangan bimbang kerana dalam masa terdekat pihak CUEPACS telah pun bersedia menghantar draff cadangan penambahbaikan SSM yang akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Tahniah dan terima kasih kepada Presiden CUEPACS dan rakan-rakan kepimpinan CUEPACS atas kerja keras dalam menjayakan perjuangan dan impian penjawat awam

Saturday, March 3, 2012

JOM Ke PICC 8 Mac 2012

Kepada semua penjawat awam Negeri Kelantan yang ingin bersama ke Dewan PICC pada 8 Mac 1012 bagi mendengar pengumuman keputusan bantahan isu SBPA olehYB. Perdana Menteri bolehlah memohon kelulusan dari Jabatan Masing-masing pergi secara resmi atau cuti tanpa rekod. Surat jemputan dan kelulusan CTR boleh didapati dengan menghubungi Setiausaha CUEPACS Kelantan Puan Hasnah Mohamad di Majlis Daerah Machang atau Penolong Setiausaha Haji Othman Hussain di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Pengguna (Bawah JPP) Kota Bharu.

Jangan sayang RM untuk belanja ke KL... laa Penjuang -Penjuang CUEPACS telah habis banyak masa,tenaga dan wang ringgit untuk kes SBPA.Tuan/puan hanya korban cuti 2 hari jee dan belanja gi balik KL. Masaalah anak sekolah dan lain-lain tuu... biasa .. kalu nak gii tuan/puan usaha laaaa..

Sunday, February 26, 2012

PERHATIAN: Makluman awal Perhimpunan Penjawat Awam

Adalah dimaklumkan bahawa CUEPACS akan mengadakan Perhimpunan Khas penjawat Awam khusus bagi menjelaskan isu SBPA dan dijangka Perdana Menteri akan hadir dan mengumumkan keputusan berkaitan isu SBPA.

CUEPACS mengharapkan 15,000 penjawat Awam akan hadir pada program tersebut dan CUEPACS Negeri Kelantan dikehendaki menghantar 1000 orang penjawat awam dengan kemudahan cuti tanpa rekod yang akan dikeluarkan.

Tarikh dijangka pada 12 Mac atau 19 Mac 2012 hari Isnin.
Tempat : PICC Putrajaya atau MARDI Bangi.
Pengangkutan/Penginapan atas urusan Kesatuan atau sendiri.


* Tarikh dan Tempat akan di sahkan kemudian.

Sila hubungi Setiausaha CUEPACS Kelantan :-
Puan Hasnah Mohamad
Pejabat 09-9751076,
HP: 014- 5168274 Fax: 09-9751431 email - hasnah_mdm@yahoo.com

1. Bagi mendapatkan surat jemputan dan surat cuti tanpa rekod.
2. Jika tuan/Pun ingin bersama dengan bas anjuran CUEPACS Kelantan bayaran akan dikenakan untuk bas dan penginapan(3 sebilik satu malam) sekitar RM180 seorang.

Thursday, February 16, 2012

Seminar Penjawat Awam Berjaya















Satu kejayaan yang cemerlang bagi CUEPACS Bahagian Kelantan kerana berjaya menganjurkan Seminar Penjawat Awam Penjana Transformasi Ummah & Sambutan Mauludur Rasul 2012 di Auditorium Kesenian dan Warisan Negara Kota Bharu. Seramai 1360 peserta telah hadir. Tahniah kepada semua anggota CUEPACS Bahagian Kelantan dan juga Penjawat Awam Negeri Kelantan yang menjayakan program tersebut.

Gambar Kenangan Seminar Penjawat Awam Penjana Transformasi Ummah



Gambar Kenangan Seminar Penjawat Awam Penjana Transformasi Ummah



Gambar Kenangan Seminar Penjawat Awam Penjana Transformasi Ummah