Beliau tinggal di Labok Machang dan bekerja di Unit Pelesenan Majlis Daerah Machang. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi beliau di Majlis Daerah Machang. Selamat bertugas untuk CUEPACS bahagian Kelantan
Sunday, July 18, 2010
Setiausaha CUEPACS Kelantan 2010-2013
Pre Konvensyen CUEPACS 2010
Seramai lebih 200 orang kepimpinan kesatuan gabungan CUEPACS telah menghadiri Pre Konvensyen CUEPACS 2010 di Bukit Gambang Resort Kuantan Pahang.
Pelaporan dibentangkan oleh Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Gred serta CUEPACS Bahagian.
Konvensyen CUEPACS dijangkakan akan mengadakan Konvensyen pada awal Disember 2010
Friday, July 2, 2010
BARISAN KEPIMPINAN BAHAGIAN KELANTAN 2010-2013
Mesyuarat Agong Tritahunan CUEPACS Bahagian Kelantan telah diadakan pada 26 Jun 2010 di Dewan Kastam Kota Bharu, Kelantan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Dato Mustapha Muhamad telah merasmikan Mesyuarat Agong tersebut. Turut hadir memberi ucapan ialah Tuan Haji Omar Osman Presiden CUEPAS. Pihak Majlis tertinggi CUEPACS telah diwakili oleh Saudara Adnan Mat Penolong Setiausaha Agong II sebagai pemerhati serta pemantau,
Barisan kepimpinan CUEPACS Bahagian Kelantan 2010-2013 ialah:-
1. Pengerusi : Saudara Haji Samsuddin bin Mohd Noor- KPPR(RISDA)
2, Naib Pengerusi : Saudara Kamaruddin bin Haji Ibrahim - NUTP
3. Setiausaha : Puan Hasnah binti Mohamed(ANULAE)
4. Penolong Setiausaha : Haji Othman bin Hussin (KPPPHP)
5. Bendahari : Saudara Tengku Mohamad MTSU
6.Pegawai Pendidikan : Saudara Aminudin Awang (NUTP)
Wednesday, June 23, 2010
Mesyuarat Agong Tritahunan Bahagian Kelantan
Kepada semua kesatuan gabungan CUEPACS Kelantan harap maklum bahawa Mesyuarat Agong Tritahunan Bahagian Kelantan akan diadakan pada :-
Tarikh : 26 Jun 2006
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi (Pendaftaran)
: 8.30 Perasmian oleh Dato Mustapha Muhamand
Tempat : Dewan Kastam, Jalan Pengkalan Cepa, Kota Bharu.
Peringatan - hanya perwakilan yang sah dan berfaedah sahaja layak mengundi dan bertanding sebagaimana peraturan 20 dalam perlembagaan CUEPACS. Bayaran yuran gabungan CUEPACS hendaklah dijelaskan sebelum mesyuarat bermula.
Tarikh : 26 Jun 2006
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi (Pendaftaran)
: 8.30 Perasmian oleh Dato Mustapha Muhamand
Tempat : Dewan Kastam, Jalan Pengkalan Cepa, Kota Bharu.
Peringatan - hanya perwakilan yang sah dan berfaedah sahaja layak mengundi dan bertanding sebagaimana peraturan 20 dalam perlembagaan CUEPACS. Bayaran yuran gabungan CUEPACS hendaklah dijelaskan sebelum mesyuarat bermula.
Thursday, March 11, 2010
Program CUEPACS Kelantan 2010
1. Mesyuarat AJK Bahagian Kelantan Mac 2010
2. Seminar Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA
3. Program Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 1 Mei 2010 di Trengganu
4. Program Sambutan Hari Pekerja Anjuran Kementerian Sumber Manusia Mei 2010
5. Mesyurat Kongress CUEPACS di Sarawak Jun 2010
6. Meyuarat Jawatan Kuasa Bahagian Kelantan
7. Mesyuarat Agong Bahagian Kelantan Julai 2010
8. Mesyuarat Pre Konvensyen CUEPACS
9. Mesyuarat Agong CUEPACS
2. Seminar Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA
3. Program Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 1 Mei 2010 di Trengganu
4. Program Sambutan Hari Pekerja Anjuran Kementerian Sumber Manusia Mei 2010
5. Mesyurat Kongress CUEPACS di Sarawak Jun 2010
6. Meyuarat Jawatan Kuasa Bahagian Kelantan
7. Mesyuarat Agong Bahagian Kelantan Julai 2010
8. Mesyuarat Pre Konvensyen CUEPACS
9. Mesyuarat Agong CUEPACS
Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA
Peranan pekerja sektor awam memang tidak dapat dinafikan bagi membantu pencapaian "National Key Results area". Bagi tujuan tersebut CUEPACS Bahagian Kelantan akan mengadakan Seminar sehari yang dijangka akan diadakan pada 17 April 2010, tempat dan masa akan dimaklumkan sedikit masa lagi.
Presiden CUEPACS Saudara Haji Omar Osman akan bersama-sama dalam program diatas. Pihak Menteri dari Kelantan akan merasmikan Seminar Peranan Pekerja kearah Pencapaian NKRA.
Sambutan Hari Pekerja 2010
CUEPACS akan mengadakan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2010 di Negeri Terengganu. Program bermula pada 3.00 petang 30 April 2010 dengan acara sukan antara Zon Timur, Utara,Tengah dan Selatan. Pertandingan bola sepak bagi lelaki dan Bola Tampar bagi perempuan. Setiap negeri perlu menghantar 5 orang pemain bagi menwakil zon masing-masing.
CUEPACS Bahagian Kelantan akan menyediakan sebuah bas bagi menyertai program sambutan Hari Pekerja. Rombongan akan bertolak pada pagi Jumaat 30 April 2010, bermalam di Kuala Terengganu dan balik selepas program. Pendaftaran peserta bolehlah dibuat kepada Saudara Shabri Samad (USM) Setiausaha CUEPACS Bahagaian Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
