Sunday, February 3, 2013
Photo Seminar Penjawat Awam dan Perjumpaan Khas dengan TPM 31/1/2013
CUEPACS Bahagian Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga dan masa bagi menjayakan program ini.
CUEPACS KELANTAN DI PROGRAM JANJI DITEPATI 20/1/2013
Terima kasih kepada semua pihak yang terrlibat menjayakan kaunter CUEPACS Bahagian Kelantan didlam Program Janji ditetapi oleh Perdana Menteri. di RTC Kota Bharu. 20/1/2013
Saturday, February 2, 2013
Perjumpaan Khas TPM bersama penjawat Awam Kelantan anjuran CUEPACS KELANTAN
PENJAWAT AWAM JANGAN ASYIK TAK PUAS HATI - OMAR OSMAN
Bernama
1/2/2013
KOTA BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman
mengingatkan penjawat awam supaya tidak hanya tahu meluahkan rasa tidak
puas hati dengan dasar kerajaan sebaliknya mereka perlu menggalas
tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas.Omar berkata penjawat awam perlu sentiasa bersiap sedia memikul tanggungjawab yang diberi dan mereka sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah dicapai kerajaan hari ini.
"Penjawat awam jangan asyik tak puas hati sahaja. Tak ada kerajaan yang dapat puaskan hati 100 peratus hati rakyatnya.
"Kerajaan cepat ambil tindakan kalau Cuepacs buat aduan. Setakat ini sudah 20 perkara telah dapat diselesaikan dalam masa enam tahun ini," katanya ketika berucap pada Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri bagi Kelantan di Dewan Utama Kampus Kesihatan Univesiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini Khamis.
Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Husin.
Perjumpaan Penjawat awam Kelantan anjuran CUEPACS Kelantan
01 Februari 2013
AKAN ADA LAGI BERITA GEMBIRA BUAT PENJAWAT AWAM - MUHYIDDIN
Bernama
1/2/2013
KOTA BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita
gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara
ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama
lagi.
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan
penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh
kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada
berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,"
katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam
Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains
Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, Khamis.
Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah
isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri
Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr
Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat
awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi
menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.
Beliau berkata melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala
rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka
yang memerlukan pembelaan.
Timbalan Perdana Menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan
penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi
negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.
"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita
sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada
sebelum ini," katanya.
Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan
setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan
sebaik mungkin bagi pembangunan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira
dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat
negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.
Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali
tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.
Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat
awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza
sama sekali.
Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan
pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan
yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.
"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan
menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.
Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat
1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang
baik ketika ini dapat diteruskan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)