Tuesday, December 27, 2011

Majlis Makan Malam CUEPACS KELANTAN 2011
































Majlis Makan Malam dan Malam Jasa Mu DiKenang 2011 CUEPACS Bahagian Kelantan telah diadakan pada 11/12/2011 di Ballroom Hotel Rennaisance Kota Baharu dengan gemilang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato Azmi Setapa Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Makhtar Mustapha Pengarah JPP Kelantan, Dato Omar Osman Presiden CUEPACS Malaysia serta Datin, kepimpinan CUEPACS serta wakil-wakil Kesatuan gabungan CUEPACS Bahagian Kelantan.CUEPACS Bahagian Kelantan merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua pihak diatas sumbangan dan kerjasama menjayakan program tersebut.

Monday, December 26, 2011

Penjelasan Presiden di PERTAMA





Selepas balik dari Perjumpaan dengan PM, Presiden menjelaskan dan perbincangan segera diadakan di KOPERTAMA UPM bagi mendapat maklumbalas dai kongres serta tindakan seterusnya dari CUEPACS

Perjumpaan dengan PM pasal SBPA




Pada 22 Disember 2012 jam 11.00 pagi seramai lebih 120 orang wakil kesatuan gabungan CUEPACS telah berkunjung ke Pejabat PM di Putra Jaya. Hanya 9 orang sahaja wakil dibenarkan masuk kebilik PM untuk berbincang antara JPA dan CUEPACS dengan di pengerusikan oleh PM.

Wednesday, July 27, 2011

Jamuan Rakyat bersama PM 2 Julai 2011


Jamuan Rakyat bersama Perdana Menteri pada 2 Julai 2011 menyaksikan penghormatan diberikan kepada CUEPCAS Kelantan. Pengerusi CUEPACS Kelantan telah diminta duduk dimeja utama bersama PM dan NGO lain di negeri Kelantan. Ini menandakan hubungan yang erat antara CUEPACS Bahagaian Kelantan dengan pemimpin dan pihak kerajaan.

Monday, May 30, 2011

PROSPEK PENGGANTI PTK BERKUATKUASA 1 JULAI

Bernama
19/5/2011

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.

"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-Cuepacs Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini Khamis.

Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

"Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.

Katanya kaedah penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.

Katanya hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi 'cemerlang dan berpotensi tinggi', 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau 'memerlukan pembangunan'.

Abu Bakar berkata pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.

"Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.

"Manakala faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri," katanya.

Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.

"Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya," katanya.

Abu Bakar berkata ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan.

Katanya pada keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.

"Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai," katanya.

Katanya pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.

Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.

Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA supaya kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu; dan kedua perlu ada kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.

"Selepas pergi mana-mana kursus atau meningkatkan kompetensi tetapi balik tidak juga dapat kenaikan pangkat. Jadi, kita mahu mana-mana penjawat awam yang pergi bagi meningkatkan kompetensi dan potensi, supaya balik tanpa temuduga terus mendapat kenaikan yang cemerlang dan istimewa," katanya.

Katanya yang ketiga ialah insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.

Photo program 8 Mei 2011



Wednesday, April 13, 2011

KUNJUNG HORMAT DATO SERI SETIA RAJA MOHD AISERI ALIAS



Haji Shamsudin Mohd Nor Pengerusi CUEPACS Kelantan bersama Timbalan Haji Kamarudin Ibrahim mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Dato Seri Setia Raja Mohd Aiseri Alias Setiausaha Kerajaan Kelantan pada 13 April 2011.

Rombongan CUEPACS disambut mesra oleh Dato' SUK dan beliau telah meluangkan masa lebih satu jam bertanya kabar serta membincang isu-isu berkaitan penjawat awam di Negeri Kelantan. Beliau bersedia untuk bersama menyokong program-program CUEPACS bagi meningkatkan tahap kecekapan dan perkhidmatan penjawat awam.

Sunday, April 10, 2011

SEMINAR 8 MEI 2011

CUEPACS Kelantan akan mengada seminar sehari mengenai Peranan Penjawat Awam dalam melaksanakan transfomasi nasional dan Penerangan mengenai sistem kompetensi mengantikan PTK pada:-

Tarikh: 8 Mei 2011

Tempat : Dewan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan
di Pengkalan Chepa.

Masa : Jam 9.00 pagi hingga 5 petang

Kepada semua Kesatuan gabungan diminta menghantar 20 orang ahli bagi menjayakan pprogram tersebut.

Saturday, April 9, 2011

SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011



Sebagaimana biasa, sambutan Hari Pekerja 1 Mei diraikan setiap tahun. Pada tahun ini CUEPACS akan mengadakan sambutan Hari Pekerja 1 Mei di Bandaraya Ipoh, Perak. Semua kakitangan awam dijemput hadir di Dataran Bandayara Ipoh jam 9.00 pagi.Kesatuan gabungan CUEPACS akan menghantar ahli-ahli kesatuan masing-masing bagi program tersebut.

Perdana Menteri akan menghadiri sambutan Hari Pekerja JPA bersama CUEPACS pada 10 Mei 2011 di PICC Putrajaya. Diharapkan beberapa insentif dan pertambahan kemudahan untuk sektor awam akan diumunkan selaras dengan permohonan CUEPACS. Diharap sokongan dari semua kakitangan awam dapat hadir dimajlis tersebut.


Perkongsian Maklumat CUEPACS/JPA/PETRONAS/SHELL 8/4/2011



Majlis Perkongsian Ilmu antara JPA, CUEPACS, Petronas dan Shell bagi mendapat maklumat bagaimana sistem kompetensi dilaksanakan di SHELL dan PETRONAS. Dalam majlis ini Dato Omar Osman selaku Presiden CUEPACS menyatakan pendirian kakitangan awam dan menapat maklumat sistem yang dilaksanakan di Shell dan Petronas. Pengurus Besar Pengurusan Manusia Shell dan Petronas memberi taklimat. Pengerusi CUEPACS turut hadir dalam majlis tersebut.

Majlis Pesaraan CUEPACS 1 april 2011 KLI Hotel



PROGRAM SAMBUTAN HARI PEKERJA 2011

1. Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2011 di Ipoh, Perak anjuran CUEPACS

Cuepacs Kelantan memutuskan akan menghantar rombongan 40 orang yang mana diwakili oleh 2 orang bagi setiap gabungan. Bas akan bertolak pada 30 April 2011, jam 9.00 pagi berkumpul di perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV depan KTC. Sila hubungi Setiausaha CUEPACS Bahagian Kelantan. 019-3434995 atau 014-5168274

2. Sambutan Hari Pekerja 10 Mei 2011 di PICC Putrajaya /CUEPACS
Cuepacs Kelantan memutuskan akan menghantar rombongan 40 orang yang mana diwakili oleh 2 orang bagi setiap gabungan. Bas akan bertolak pada 9 Mei 2011, jam 9.00 pagi berkumpul di perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV depan KTC. Sila hubungi Setiausaha CUEPACS Bahagian Kelantan 019-3434995 atau 014-5168274

BENGKEL SEHARI PERANAN PENJAWAT AWAM DALAM PELAKSANAAN TRANSFOMASI NASIONAL DAN SISTEM KOMPETENSI MENGANTIKAN PTK

CUEPACS Bahagian Kelantan akan mengadakan Bengkel Sehari bagi perkara diatas pada:

Tarikh: 8 Mei 2011

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Pusat Sumber Teknologi Pendidikan
Pengkalan Cepa, Kota Bharu

Aturcara:-

09.00 -Pagi pendaftaran

09.15 -Ceramah Tranfomasi Nasional
oleh Pengarah Penerangan Kelantan

10.30 -Minum pagi

11.00 -Ucapantama Dato Omar Osman Presiden CUEPACS Malaysia.

12.45 - Makan Tengahari/Solat

02.15 - Penerangan sistem Komptensi mengantikan PTK
oleh saudara Azih Muda Timbalan Presiden CUEPACS Malaysia.

03.45 - Dailog dan maklum balas.

05.00 - Minum petang /bersurai