Tuesday, October 19, 2010

ULASAN BONUS 2010

Budget 2011 masih tiada bonus yang diberikan sejak beberapa tahun sekadar bantuan sahaja. Tahun lepas rm500 untuk 2 kali bayar. Tahun ini rm1000 untuk 2 kali bayar sebagai bantuan. Walau apapun kadar diberikan Pihak Kakitangan Awam mengucapkan terima kasih terutama bagi golongan yang daif amat bernilai !!

Kenapa CUEPACS minta 2 bulan??.

a) Satu bulan adalah bayaran bagi 4 minggu setahun dikira jika gaji dibayar ikut bilangan minggu dan 1 bulan lagi adalah bonus sebenarnya.Adalah patut kerajaan memasukkan secara tetap dalam budget 1 bulan bonus setiap tahun tanpa perlu meminta-minta macam peminta sedekah.

b) Alasan Pihak Kerajaan menyatakan 3 billlion untuk bonus kakitangan perlu dikira semula. Kita lihat 3 buah Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan membiaya sendiri dari sumber dalaman bagi bayaran bonus kakitangan. Anggaran RM 3 billion adalah tidak tetap dan perlu dikira semula. Pihak CUEPACS dan Perbendaharaan perlu membuat kiraan semula yang tepat bukan sekadar alasan sahaja.

c) RM3 Billion Kerajaan tidak perlu berhutang untuk bayar bonus kakitangan awam. Lihat semula budget projek yang baru kurang perlu boleh dikurangkan sikit-sikit atau batal terus untuk bayar bonus yang dianggarkan tidak sampai RM 2 billion atau fikirkan fomula yang mampu kalau kumpulan sokongan1 bulan sama 1/2 bulan kumpulan profesional ataupun lain-lain formula yang termampu.

d) Janji PM pada tahun lepas di Parlimen semasa perjumpaan dengan Kongress menyatakan jika prestasi ekonomi negara meningkat bonus akan diberikan kepada kakitangan. Jadi kita terimalah walaupun RM 500 dengan 2 kali bayar. Maka tahun ini PM mengiktiharkan kenaikan ekonomi dengan baik. Prestasi Perkhidmatan Awam semakin meningkat.. jadi apa lagi yang Kerajaan nak dari Kakitangan Awam. Kerajaan perlu merancang budget bagi memastikan bonus dapat dibayar sekurang-kurangnya 1 bulan gaji setahun bagi mengelakkan defesit.

e) Dari tinjauan maklumbalas yang diterima.. rasa sedih,kecewa kakitangan awam yang mengharapkan pemberian bonus oleh kerajaan. Sebagai Kesatuan merasakan kebimbangan rasa kecewa akan menimbulkan impak yang negatif kakitangan awam terhadap kerajaan. CUEPACS perlu meminta dari Kerajaan sebab Kerajaan adalah majikan kepada pekerja. Tempat mana lagi nak minta tentunya kepada majikan dan berdoa kepada Yang Maha Esa.

f) Kalau dengan keadaan ekonomi tahun sebelum ini, Kerajaan mampu memberikan bonus, kenaikan gaji. Keadaan ekonomi sekarang ini adalah lebih baik yang pastinya Kerajaan mampu memberikan bonus kepada kakitangan awam.

g) Kalau dilihat budget banyak memberikan kelebihan kepada pihak swasta. Adakah kerjaaan tidak menilai sumbangan kakitangan awam bagi meningkat ekonomi negara bagi mencapai Model Ekonomi Baru (MEB) yang mana rakyat berpendapatan tinggi tahun 2020.

h) Setinggi mana CUEPACS dimata Kerajaan??. dengan belaian dan layanan yang diberikan amat bagus nampaknya. Tapi kalau dinilai dengan permohonan dengan budget 2011 amat "terasa" dan sedih serta kecewa. Dari itu kita dapat menilai tahap CUEPACS disisi Kerajaan.

No comments:

Post a Comment