Monday, November 9, 2009

CONGRESS DECISSION

Cuepacs presiden Omar Osman not doing it for popularity


Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Omar Osman wants to make it clear that his earlier call for a two-month bonus was simply the demand expressed by their 1.2 million strong membership.
“I just want to say that gaining popularity is not what I’m seeking,” he told Malay Mail. “I am just speaking out on behalf of our congress and asking for what the civil servants have demanded.
”He was responding to the comment by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Wednesday that it was morally wrong for the Cuepacs president to ask for bonus during the global economic crisis.
Najib also noted that, while it was a popular move for the Cuepacs president to continue to pressure the Government for a two-month bonus for the civil servants, it was not the right time to make such a demand.
“I’m of course also disappointed that the Prime Minister had said this,” said Omar. However, he refused to speculate whether Cuepacs will still pursue the bonus issue.
“This will be only decided tomorrow as we will be having an emergency meeting to discuss this matter. It will be attended by all 145 of our congress leaders and members at our Cuepacs headquarters.”
Omar also said that Cuepacs is seeking to have a meeting with the Prime Minister to discuss ways to improve the service performances of civil servants.
“Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, has confirmed that the Prime Minister had agreed to meet us, but a date was not been confirmed.”
While the Government gave a one-month bonus with a minimum payment of RM1,000 in the last Budget, the latest didn’t have any such bonus for civil servants.
Najib, who is also Finance Minister, announced that the Government had decided to introduce a reward system for civil servants instead to motivate those who performed well.

CUEPACS NAK JUMPA PM

9/11/2009

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya. "Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.
Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja. Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini. Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama

CUEPACS NAK JUMPA PM

9/11/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya. "Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.
Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja. Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini. Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama

Tuesday, November 3, 2009

GRED PEMANDU DAN KEMUDAHAN LAIN DIKAJI

PULAU PINANG, 31 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji semula gred gajipemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka.Presidennya Omar Osman berkata kedudukan gredgaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu.Katanya Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini pada Sabtu, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik."R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya.Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.Omar berkata gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia.Katanya Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu. "Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya.Beliau berkata Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 Nov ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan. Selain itu, katanya beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh.Omar berkata Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar melibatkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja , malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam.Katanya beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri."Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya

SISTEM GANJARAN BAGI TINGKAT PRESTASI

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Sistem ganjaran yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan akan meningkatkan mutu kerja sektor awam di negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, sehubungan itu pihaknya menyambut baik sistem ganjaran tersebut. Menurutnya, pelaksanaan sistem itu akan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan.
"Di negara luar banyak menyediakan ganjaran kepada pekerja awam sehingga menyediakan bonus lapan bulan gaji. "Oleh itu, sistem ganjaran yang ingin diperkenalkan di negara ini mesti dilakukan menyeluruh, adil dan saksama untuk mengelakkan daripada kembali seperti sistem terdahulu iaitu secara menegak dan melintang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem ganjaran kepada kakitangan cemerlang dalam sektor awam.
Omar berkata, beliau berharap sistem ganjaran ini akan dimulakan secepat mungkin iaitu pada Januari tahun depan."Dengan keadaan ekonomi sekarang yang lembap, pengenalan sistem ganjaran akan membantu meringankan beban kewangan kepada pekerja di sektor awam," katanya. Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, sistem ganjaran itu mestilah telus dan bertanggungjawab.
"Apa saja langkah yang dilakukan oleh kerajaan mestilah boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak," katanya.

PESARA DAPAT BAYARAN KHAS

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain, serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada bulan Disember 2009. Bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaianpada 14 Disember 2009. Penjelasan selanjutnya mengenai perkara ini boleh diperolehi di www.jpapencen.gov.my.