Sunday, June 28, 2009

KEJAYAAN CUEPACS TAHUN 2008

  1. Elaun tanggongjawab khas Pemandu (Pekelililing Perkhidmatan bil.5/2008)
  2. Tawaran Opsyen Pelanjutan Umur Pesaraan wajib kepada 58 tahun (pekeliling perkhidmatan bil. 6/2008)
  3. Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas prestasi 2008
  4. Pemberian ex-gratia Terbitan sekali gus kepda ibu atau bapa anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak (Pekeliling Perkhidmatan 17/2008)
  5. Peningkatan Maksimun cuti Rehat (GCR) kepada 150 hari (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2008)
  6. Tawaran opsyen Semula kepada anggota yang memilih Skim KWSP kepada skim pencen (Pekeliling Perkhidmatan bil 19/2008)
  7. Menaik Taraf Skim Perkhidmatan Penolong Jururawat kepada Skim Perkhidmatan Jururawat Masyarakat (Bil 21/2008)
  8. Pengiktirafan Skim Perkhidmatan Tukang K1,K2,Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (Ketukangan) sebagai Perkhidmatan Kritikal ( surat edaran JPA 13/2008)

KEJAYAAN CUEPACS 2007

  1. Pemberian Kenaikan Gaji sebanyak 35% kepada anggota sektor awam(pekeliling Perkhidmatan 7/2007)
  2. Kenaikan Kadar Sara Hidup (Pekeliling Perkhidmatan bil 6/2007)
  3. Elaun Tugas memandu Kenderaan (Pekeliling Perkhidmatan bil 12/2007)
  4. Kaedah Penetapan Gaji Permulaan dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat (Pekeliling Perkhidmatan bil.14/2007)
  5. Kemudahan cuti menjaga anak (Pekeliling Perkhidmatan 15/2007)
  6. Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Pekerja Rendah Awam -PRAM dan Pekerja Rendah Awam Khas -PRAK (Pekeliling Perkhidmatan bil 22/2007)
  7. Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan (Pekeliling Perkhidmatan bil 16/2007)
  8. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (Pekeliling Perkhidmatan bil.17/2007)

Sunday, June 21, 2009

SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia dan CUEPACS akan diadakan pada 7 Julai 2009 di Esset Bangi Baru. Pendaftaran adalah percuma. Jika ahli-ahli berminat sila hubungi Setiausaha Kesatuan masing-masing untuk tujuan pendaftaran

Thursday, June 18, 2009

Presiden CUEPACS akan ke Manik Urai Kelantan

Haji Omar Osman Presiden CUEPACS akan mengadakan lawatan ramah mesra ke Manik Urai untuk bertemu dan bertanya kabar kakitangan awam dan pesara pada 3 Julai 2009. Beliau akan beramah mesra di kampong Manik Urai Baru, Kampong Lakloh dan kampong Sungai Sok. Dijangka lebih 300 orang pekerja sektor awam dan pesara akan berpeluang bertemu dengan Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs.Program ini diatur oleh CUEPACS Kelantan yang diketuai oleh Tuan Haji Shamsudin Mohd Noor Pengerusi CUEPACS Kelantan yang juga Naib Presiden CUEPACS Malaysia.

Pekerja Kontrak Dan Sambilan Kelantan

Masih ramai kakitangan sambilan dan kontrak dibawah Pentadbiran Kerajaan negeri Kelantan terbiar tanpa peimbelaan. Mereka ini tidak mempunyai kesatuan dan tidak tahu dimana tempat hendaj mengadu. Mereka yang bekhidmat 10-20 tahun masih dalam status sambilan dan kontrak. Untuk pengetahuan, bila mereka tamat perkhidmatan tiada kemudahan sebagaimana kakitangan awam yang pencen mendapat pelbagai kemudahan